Regulasi Penerbangan Drone
1. Setiap pemilik/penerbang drone mesti berdaftar di bawah CAAM dan nombor pendaftaran drone mesti dipamerkan di drone pada setiap masa.
2. Keperluan Penerbang – mempunyai CPL/PPL jika mengendalikan drone melebihi berat 20kg.
3. Keperluan Drone – menjalani pemeriksaan sebelum penerbangan bagi memastikan UAS berada dalam keadaan yang selamat.
4. Kelulusan dari pihak penguatkuasaan seperti JUPEM untuk sebarang aktiviti pemantauan kawasan.
5. Terbang di bawah 400 kaki.
6. Prosedur memohon permit melakukan Aerial Photography menggunakan UAV/Drone. Muat turun di sini
7. Civil Aviation Regulations 2016. Muat Turun di sini
8. Unmanned Aerial Vehicle (UAV) operations in Malaysian Airspace . Muat Turun di sini
9. Klasifikasi Ruang Udara:
Ruang Udara Khas: Terdiri daripada Kawasan Larangan, Kawasan Sekatan, Kawasan Peringatan, MOA (kawasan operasi ketenteraan) , Kawasan Amaran, Controlled firing areas (CFAs).