Pendaftaran Drone
ARAHAN PENDAFTARAN |
1.CAAM akan menjadi aplikasi 'one-stop' bagi semua permohonan permit untuk operasi pesawat tanpa pemandu. Portal dalam talian ini telah dicipta untuk memudahkan sebarang permohonan permit. CAAM akan memproses dan menyelaras bersama agensi berkaitan mengenai penilaian permohonan, dan memberi respons kepada pemohon mengenai hasil permohonan mereka untuk sebarang permit. 2. Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh permulaan operasi untuk memberi waktu yang mencukupi untuk memproses permit yang diperlukan. Masa pemprosesan yang diharapkan adalah 5 hari bekerja untuk Permit Aktiviti dan 10 hari bekerja untuk Operator dan permit lain. Ini mengandaikan bahawa dokumen-dokumen diterima dengan baik dan pembayaran permohonan telah dibuat. Masa pemprosesan yang lebih panjang mungkin diperlukan bagi pemohonan yang lebih kompleks di mana terdapat keperluan untuk mesyuarat berasingan, penerbangan demonstrasi atau penerangan yang lebih mendalam. 3. Sila pastikan setiap ruang yang wajib telah dipenuhi. 4. Permohonan akan dinilai mengikut kes demi kes. |